Home Community ANIH Berhad Keluarkan TTA Untuk Elak Kesesakan Sempena AidilAdha

ANIH Berhad Keluarkan TTA Untuk Elak Kesesakan Sempena AidilAdha

2 min read
0
0
755

ANIH Toll Plaza

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba pada hari Isnin ini, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa1 (LPT 1) telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim cuti perayaan ini.

Jadual TTA untuk perayaan Aidiladha kali ini menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada 10 dan 11 September untuk memasuki KLK dan LPT 1 pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuhraya antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau jam 5 petang hingga 8 malam.

Bagi pengguna dari Pahang yang ingin kembali semula ke ibukota pada 17 dan 18 September ini, mereka dinasihatkan untuk memasuki lebuhraya pada jam 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuhraya pada jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuhraya bermula jam 5 petang hingga 9 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.

Pengguna boleh merujuk kepada jadual TTA di bawah atau mengikuti laman Twitter @LPTTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mendapatkan sebarang maklumat trafik.

TTA_Raya Haji (2) (002)

Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009, terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia dirangka berdasarkan kepada analisis pergerakan trafik pada waktu puncak setiap kali musim perayaan pada tahun sebelumnya.

Load More Related Articles
Load More By Alia Zaharin
Load More In Community