News

Proton Lancarkan Persona Generasi Kedua Pada Harga RM46k!

2016 Proton Persona - 16

Selepas sudah lama Proton bermain teka-teki dengan orang ramai melalui gambar-gambar yang hanya menunjukkan bahagian-bahagian tertentu Proton Persona serba baharu ini, Proton akhirnya telah melancarkan model terbaharu segmen-B mereka di Pusat Konvensyen Setia City.

Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona serba baharu ini adalah model generasi ke-2 Persona. Ia dikuasakan dengan engin VVT 1.6L yang mampu menjana 107hp dan tork maksima 150Nm. Ia boleh didapati dalam transmisi manual 5-kelajuan atau CVT.

2016 Proton Persona - 15

Proton Persona baharu ini juga merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L/100km.

Proton Persona serba baharu ini penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik sekali dari setiap sudut pandangan.  Ia mempunyai wajah yang garang dan menarik dengan lampu depan berpencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang yang didominasi dengan lampu belakang yang anggun serta difuser bawah yang tampak agresif.

2016 Proton Persona - 19

Tempat duduk dan susun atur konsolnya pula, direka secara ergonomik, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang. Proton Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Tambahan pula, terdapat banyak ciri-ciri tambahan seperti 2 pengecas USB di belakang, upholsteri kulit, kompartmen, super-flex pengelap tanpa bingkai, 7 ruang letak botol air, lanjutan perlindungan cahaya, tempat duduk belakang yang boleh diturunkan dan perlaras ketinggian tempat duduk pemandu untuk keselesaan dan kemudahan tambahan.

2016 Proton Persona - 10

Proton Persona baharu ini juga dibina dengan mengutamakan ciri-ciri keselamatan. Dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Kawalan Cerun, ISOFIX dan top tether serta 6 beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

2016 Proton Persona - 18

Proton Persona baharu boleh didapati dalam 3 varian iaitu Standard (MT dan AT), Executive dan Premium (dengan atau tanpa bodykit).

Harga bagi Proton Persona serba baharu di Semenanjung Malaysia ialah:

  • Persona 1.6 Standard MT
    RM 46,800.00/ Metallic
    RM 46,350.00/ Solid
  • Persona 1.6 Standard CVT
    RM 49,800.00/ Metallic
    RM 49,350.00/ Solid
  • Persona 1.6 Executive CVT
    RM 55,800.00/ Metallic
    RM 55,350.00/ Solid
  • Persona 1.6 Premium CVT
    RM 59,800.00/ Metallic
    RM 59,350.00/ Solid

Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan percuma selama 3 tahun (termasuk alat gantian dan kos pekerja) bagi setiap tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016, sebagai sebahagian daripada promosi bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia.

Unit-unit bagi Proton Persona serba baharu kini boleh dipandu uji dan dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara. Alamilah Evolusi Proton Persona serba baharu ini dengan melawati bilik pameran Proton yang terdekat dengan anda untuk memandu uji model baharu ini!

Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com.