CSR, News

Perodua Rasmikan Majid Baharu di Rawang

EMY_0021

Selepas 2 tahun pembinaan dengan jumlah kapasiti sebanyak 3,000 jemaah, masjid yang terletak di Ibu Pejabat Perodua, Rawang baru sahaja dirasmikan dengan perlaksanaan solat Jumaat pertama.

Masjid bersebut merupakan salah satu inisiatif daripada Tanggungjawab Korporat Perodua bertujuan untuk membina hubungan kemasyarakatan di sekitar kawasan ibu pejabat serta memberikan kemudahan kepada warga Perodua sendiri.

“Kami berharap dengan terbinanya masjid ini ia mampu untuk menjadi pusat yang dapat memenuhi keperluan masyarakat,” kata YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua.

“Selain itu, rumah ibadat ini juga dapat memberi manfaat kepada warga Perodua terutamanya para muslimat untuk melakukan ibadah solat Jumaat dengan mudah dan Selamat,” kata Aminar lagi.

EMY_0416

Keluasan kawasan masjid adalah 3.74 ekar, manakala pembinaannya berkeluasan sebanyak 0.92 ekar menelan belanja sebanyak RM9.8 juta. Kos ini termasuk kos pembinaan dan kos kelengkapan masjid.

Selain daripada ruang solat, masjid ini juga mempunyai kemudahan seperti gerai jualan makanan dan juga ruangan untuk aktiviti kemasyarakatan (perkahwinan, urusan pengkebumian dan sebagainya).

Masjid ini juga telah diserahkan kepada masyarakat melalui amalan Islam “Waqaf”. Waqaf ditakrifkan sebagai memberi; jika seseorang mendermakan barang atau hartanya untuk kegunaan dan manfaat semua secara kekal (selaras dengan garis panduan Syariah) atas nama Allah SWT.

“Kami berusaha untuk membina masyarakat yang prihatin, penyayang dan mengingati antara satu sama lain dan kami percaya masjid ini adalah salah satu caranya,” Aminar berkata.

Mengikut undang-undang negeri, masjid ini akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang seterusnya menyerahkan tugas pentadbiran ini kepada jawatankuasa Penaja Masjid Perodua yang diketuai oleh Tuan Haji Noor Hashiman Sulaiman, yang juga merupakan Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP).