News

Diskaun Tol Sempena Aidifitri 2016 di Lebuhraya Shah Alam

d61d44254608dd06ccdd2ff02982d14d_L

KESAS Sdn Bhd, pengendali konsesi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 10% di Lebuh Raya Shah Alam (LSA) sempena Hari Raya Aidilfitri, pada 6 Julai 2016.

Diskaun 10% yang bermula dari jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam untuk 24 jam, bakal dinikmati oleh pengguna LSA yang membuat transaksi bayaran tol secara elektronik. Dengan ini harga tol RM2.00 akan menjadi RM1.80 pada hari tersebut dengan diskaun sebanyak RM0.20 bagi setiap transaksi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KESAS, Hj. Imran Gulcharan Abdullah, “Diskaun adalah satu penghargaan KESAS kepada pengguna LSA. Pengguna juga digalakkan untuk membuat bayaran tol secara elektronik bagi memperolehi manfaat diskaun selain membantu perjalanan menjadi lebih lancar dan mudah”. Semenjak dilaksanakan dari tahun 2010 hingga 2015, sejumlah 1.5 juta subsidi tol telah diberikan oleh KESAS dan telah dinikmati oleh pengguna LSA pada setiap kali musim perayaan utama di Malaysia.

“Pemberian diskaun tol sempena musim perayaan dan hari sambutan adalah merupakan sebahagian komitmen tanggungjawab sosial (CSR) KESAS Sdn Bhd kepada pengguna LSA. Dianggarkan hampir 420,000 pengguna LSA akan menikmati diskaun tol daripada sejumlah RM42,000.00 subsidi tol yang ditawarkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini” jelas beliau.