News, Safety

Proton beri penjelasan mengenai isu penipuan ASEAN NCAP pada Proton Saga!

2013 Proton Saga

Original article here.

Susulan isu hangat mengenai penipuan penarafan ASEAN NCAP, Proton telah mengesahkan bahawa mereka dengan ‘tidak sengaja’ telah melanggar peraturan dengan membuang salah satu bahagian keselamatan pada model Proton Saga yang pernah diuji oleh ASEAN NCAP pada tahun 2013.

Menurut Proton, bagi menyediakan tahap perlindungan yang lebih tinggi pada Proton Saga yang diuji, model tersebut telah dilengkapi dengan pelbagai perlindungan keselamatan. Bahagian atas tether fitment yang memegang kerusi kanak-kanak (top tether) adalah salah satu daripada 10 rangkaian keselamatan yang telah dilengkapi pada Proton Saga yang telah diuji ASEAN NCAP pada tahun 2013, selain daripada rasuk bumper depan, bantuan tambahan untuk bumper depan dan belakang; pintu depan dan tiang tengah; tempat duduk sokongan bahagian belakang; penambahan beg udara penumpang dengan unit kawalan beg udara; penambahan tali pinggang keledar pra-regangan hadapan; tali pinggang keledar 3-mata belakang dan pelaras ketinggian tempat duduk depan.

top tether fitment

Dengan kesemua bahagian keselamatan ini, Proton Saga yang telah diuji pada tahun 2013 telah menerima penarafan 3 bintang oleh ASEAN NCAP. Ia juga membolehkan Proton Saga ditawarkan dengan nilai-nilai keselamatan yang lebih baik disamping menawarkan harga yang berpatutan.

Seperti yang dinyatakan oleh ASEAN NCAP, penambatan bahagian atas tether fitment hanya berkesan dengan penggunaan tempat duduk kanak-kanak dan jika kanak-kanak itu dilindungi dengan tali pinggang keselamatan di dalam kereta. Penambatan bahagian atas tether fitment tidak secara langsung menjejaskan keselamatan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) kerana ia bertujuan untuk pemasangan kerusi kanak-kanak yang dilengkapi dengan ISOFIX dan mekanisme menambat atas. Dalam kes ini, mana-mana kerusi kanak-kanak masih boleh dipasang di dalam kereta melalui pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang normal.

Isofix2

Proton juga menjelaskan bahawa penambahan bahagian atas tether fitment tidak diwajibkan dalam kereta mereka semasa diuji mengikut OEM. Walaupun Proton telah mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dan syarat-syarat lain yang diperlukan di negara ini, Proton tidak mengemaskini NCAP ASEAN mengenai peninggalan bahagian atas tether fitment daripada model Saga yang sedang dijual di pasaran.

Bagi mengatasi masalah ini, Proton ingin menawarkan para pelanggannya pemasangan bahagian atas tether fitment secara percuma bagi semua pemilik kereta Proton Saga. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Talian Khidmat Pelanggan mereka pada 1 800 888398 atau e-mel customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Proton Saga Plus - 1

Proton juga ingin memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa semua kereta Proton memenuhi piawaian keselamatan standard bagi semua pasaran operasi terutama sekali di Malaysia. Proton juga akan terus berkerjasama dengan ASEAN NCAP untuk membantu menggalakkan pengunaan keselamatan dalam kereta di negara ini. ISOFIX dan bahagian atas tether fitment boleh didapati dalam kereta Proton yang lain seperti Prevé, Suprima S dan Iriz yang mendapat penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.