News

Toyota Avanza baharu, kini dari harga RM69k – RM80k

ExteriorDI-W_DI 2_Exterior-BA0409-F-110915

Original article here

UMW Toyota Motor Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Toyota Avanza baharu yang telah melalui perubahan, termasuk 2 enjin baru.

Didatangkan dengan 4 varian, engin yang terdapat di dalam Toyota Avanza kini menggunakan Dual VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) yang mempunyai pelepasan ekzos yang lebih bersih berbanding sebelum ini di samping menjana output yang lebih tinggi.

BA6024-F

Ia boleh didapati di dalam kedua-dua enjin 1.3 liter dan 1.5 liter. Untuk enjin 1.5 liter, output kuasa telah meningkat kepada 105 ps manakala maksimum 136 Nm tork kini boleh didapati di 4200 rpm. Enjin 1.3 liter pula mempunyai peningkatan yang lebih besar daripada output kuasa maksimum kepada 97 ps, dengan tork meningkat kepada 121 Nm.

Selain itu, pengoptimuman tekanan minyak dikurangkan dalam transmisi serta penggunaan “electronic throttle control” telah menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 5-15 % (bergantung kepada jalan raya, lalu lintas, keadaan memandu dan gaya memandu ). Selain itu, jika pemandu mahu memaksimumkan penjimatan bahan api, terdapat butang Eco Drive yang dapat menolong anda untuk menjimatkan minyak.

BA3109-F

Untuk memberikan kualiti pemanduan dan pengendalian setanding dengan kereta penumpang, Toyota Avanza kini menggunakan suspensi Independent MacPherson (depan) dan 5-link coil spring (belakang) yang sesuai untuk menampung beban yang lebih berat. Ia dapat memeberikan pengendalian yang lebih baik dan kestabilan serta keselesaan perjalanan. Pemandu juga akan mendapati stereng pada Avanza baharu rasa lebih baik dan stabil terutama sekali apabila anda memandu pada kelajuan tinggi.

Dari segi rekaan, Toyota Avanza baharu masih lagi mempunyai reka bentuk yang dinamik dan praktikal untuk sebuah MPV kompak. Ia mempunyai saiz yang sama seperti generasi sebelumnya tetapi mempunyai peningkatan 50 mm pada “front overhang” untuk memberikan profil yang lebih menarik.

1.5s side profile-110915

Toyota Avanza juga mempunyai rekaan yang hampir sama seperti Toyota Vios dan Corolla Altis , dimana bahagian hadapan Avanza itu mempunyai rupa yang lebih tajam dan lebih dinamik. Bagi varian S Gred pula terdapat gril dan bumper depan reka bentuk yang lebih sporty manakala G dan E Gred digayakan untuk memberikan pandangan yang mewah dan kelas tinggi.

Toyota Avanza juga kini boleh didapati dengan bodykit sporty bagi varian 1.5G, 1.5E dan 1.3E . Bodykit ini termasuk spoiler bumper depan dengan lampu LED, bumper spoiler belakang dan side skirt.

BA3009-F-Overall-Interior-Mapview-110915

Bahagian dalam pula, tema dua warna yang terdapat pada Avanza yang dahulu telah ditukar kepada tema baru dengan gabungan warna hitam dan perak untuk memberikan suasana yang lebih mewah dan sporty. Panel meter Toyota Avanza baharu kini mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan grafik yang terperinci manakala untuk Avanza 1.5S pula, panel meter itu lebih sporty dari segi reka bentuknya.

Dari segi keselematan pula, Toyota Avanza dilengkapi dengan SRS (Supplementary Restraint System) beg udara bagi penumpang hadapan , 3-point Emergency Locking Retractor ( ELR ), ISOFIX kerusi kanak-kanak, ABS serta EBD.

BA6115-F

Selain itu, sistem keselamatan yang terdapat di dalam Avanza baharu terdiri daripada immobilizer engin, sensor kabin dan siren dengan bateri back-up. UMW Toyota Motor juga menyediakan pam tayar mudah alih dengan setiap pembelian Avanza untuk kegunaan kecemasan atau untuk memeriksa tekanan tayar pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Harga atas jalan termasuk GST dan insurans bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

• Avanza 1.5S Automatik – RM 80,810
• Avanza 1.5G Automatik – RM 78,477
• Avanza 1.5E Automatik- RM 75,787
• Avanza 1.3E Manual – RM69,072

Seperti semua model yang dijual oleh UMW Toyota Motor, Toyota Avanza baharu datang dengan waranti selama 36 bulan atau 100,000km (yang mana tiba terlebih dahulu).

Ia boleh didapati dengan empat pilihan warna termasuk putih, hitam metalik, merah ‘Mica’ metalik dan perak ‘mica’ metalik.